PENILAIAN SWA BAGI PROJEK MAFUS PERINGKAT NEGERI
Sebelum itu, projek MAFUS akhirnya telah selesai walaupun terpaksa menghadapi banyak dugaan dan cabaran yang tidak boleh lupakan sampailah sekarang. ia telah memberi pengalaman baharu kepada kami dan juga memberi inspirasi kepada belia dan ahli pengakap di luar sana. kami harap akan ada projek seperti yang lebih bagus pada masa akan datang.
Selang beberapa hari kemudian, Koordinator SWA Kelantan iaitu Puan Nor Azlin Bt Mat Nor telah mengeluarkan satu pengumuman kepada kami semua yang bahawa Penilaian dan Pembentangan Projek Scout of The World Award Peringkat Negeri Kelantan pada 5 September 2020 di Dewan Darul Naim Kem Kijang, Kota Bharu, Kelantan. Alhamdulillah kami semua dapat membentang dengan baik dan lancar dan para juri berpuas hati apa yang kami sumbangkan selama ini. Namun demikian, ada beberapa nasihat daripada para juri yang perlu diperbaiki bagi merealisasikan lagi masa pembentangan di peringkat kebangsaan nanti.
Kami sangat bersyukur dan gembira selepas pembentangan peringkat negeri itu, ia memberi pengajaran dan kami akan bersedia untuk pembentangan yang seterusnya iaitu Penilaian dan Pembentangan Peringkat Kebangsaan. Terima Kasih kepada para juri yang memberi kata-kata semangat dan nasihat bagus, tidak lupa juga kepada Pebimbing kami iaitu Encik Muhammad Hafiz B Jamaluddin yang banyak menolong kami selama ini dalam menyiapkan projek ini. Itu sahaja daripada saya ingin sampaikan.