PENGAKAP MELAHIRKAN REMAJA BERTANGGUNGJAWAB
Kem Kepimpinan Ketua Patrol Pengakap Remaja
Tempat: SMK Dato Syed Esa, Batu Pahat, Johor
Kem ini bertujuan untuk melatih Pengakap Remaja untuk memimpin sesuatu patrol yang mempunyai ahli seramai 8 sehingga 10 orang. Dalam kem ini terdapat pelbagai program yang diadakan, contohnya mempelajari solat ketika darurat , cara meniaga untuk mendapatkan keuntungan , mengurus makanan dan mempelajari cara untuk membuat laporan melalui MoP.
Aktiviti ini perlu dilakukan mengikut patrol masing-masing. Ahli di dalam setiap patrol dibahagikan kepada tugas masing-masing dimana, seramai 3 orang mengikut aktiviti "scouts chef" manakala selebihnya menjalankan tugas "SCOUTS APPRENTICE" iaitu untuk menjual barangan yang telah disediakan oleh pihak urusetia. Dalam aktiviti 'SCOUTS CHEF"yang dijalankan di Wisma Pengakap Batu Pahat dan ia dinilai dari persembahan masakan yang dimasak daripada bahan yang disediakan oleh pihak urusetia. Contoh bahan yang disediakan ialah tepung, bawang, tahu, taugeh, kentang, dan kicap. Bahan yang disediakan hendaklah digunakan kesemuanya. Aktiviti ini mengajar peserta cara untuk memasak tanpa garam, minyak, dan gula. Dalam keadaan ini dapat mengajar peserta untuk berfikir bagaimana untuk mempersembahkan makanan tersebut. Tempoh masa yang diberi adalah 1 jam bermula dari jam 9:30 malam hingga 10:30 malam. Tamat sahaja masa yang diberikan , Penolong Ketua Patrol dikehendaki untuk membawa makanan yang telah disiapkan dengan hiasan untuk dinilai oleh pengadil. Manakala, aktiviti "SCOUTS APPRENTICE" dijalankan di Dataran Batu Pahat dimana peserta perlu berjalan dari tempat perkhemahan ke Dataran Batu Pahat secara beramai-ramai bersama ahli-ahli patrol lain. "SCOUTS APPRENTICE" telah memberi pengalaman kepada peserta tentang cara menjual, menarik pelanggan, dan mengaut keuntungan. Selepas aktiviti ini, semua peserta yang terlibat dalam 'SCOUTS APPRENTICE" kembali ke kawasan perkhemahan dengan cara berjalan kaki. Sebaik sahaja, tiba di kawasan dewan, peserta diminta menunggu peserta lain sambil mengisi masa dengan maklumat tentang penggunaan wisel dan menyanyi lagu-lagu pengakap.
#johorseniorscouts
#scoutsbatupahat
#scoutsmalaysia