Pengakap Labuan Mencetuskan Utusan Keamanan

Pengakap Labuan Mencetuskan Utusan Keamanan

28-29 April 2018 yang lalu, Persekutuan Pengakap Malaysia WP Labuan telah mnganjurkan kursus Koordinator Messengers of Peace (MoP), bertempat di Labuan International School. Seramai 24 pemimpin pengakap telah mengikuti ini. Kursus ini diadakan dengan kerjasama Labuan International School dan para jurulatih MoP kebangsaan daripada Persekutuan Pengakap Malaysia diketuai oleh Dr Amir Hamzah Bin Aman, Tuan Adha Fikris dan Cik Yee Ting. Pelabagai pengisian yang terdapat sepanjang kursus ini termasuklah sessi suai kenal, pendaftaran WOSM, kaedah memuat naik, pengiraan jam & Facebook MoP, gerak kerja berpangkalan, pengurusan MoP di peringkat Kumpulan/Daerah, Hak cipta & Harta Intelek MoP, penyediaan dan pembentangan kertas Projek dan akhir sekali pelan tindakan dan Aku Janji MoP. Program MoP sebenarnya telah diperkenalkan pada tahun 2011. Sepanjang kursus, perserta didedahkan dengan pelbagai tingkat pencapaian yang boleh digapai oleh ahli pengakap berumur 16-25 tahun. Selain MoP, peserta juga didedahkan kepada program Scouts of the World Award (SWA), program World Scout Enviromental (SWE) dan Scouts Solar Project. Menjadi tugas dan tanggungjawab koordinator MoP untuk mempromosikan pencapaian ini kepada ahli pengakap di WP Labuan. Majlis Perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Yang Hormat Dato’ Seri Mohd Alias Bin Abdul Rahman selaku Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri WP Labuan. Turut hadir pada majlis yang sama ialah Pesuruhjaya Kebangsaan Dr Amir Hamzah Bin Aman dan Skip Rosni Bin Mohd Daud. Pada majlis penutupan, tersebut Dato’ Seri Mohd Alias menyatakan komitmen pasukan MoP WP Labuan yang akan membantu Pengakap Malaysia dalam meningkatkan khidmat jam yang dilaporkan dalam laman scout.org "PPM WP Labuan amat komited dalam pembangunan dan misi keamanan yang dibawa oleh pergerakan pengakap. Justeru para koordinator yang telah dilatih ini akan menjadi nadi kepada penyampaian mesej keamanan yang diinginkan" katanya lagi. Diakhir kursus ini, peserta dianugerahkan dengan lencana MoP, skarf MoP dan sijil pengiktirafan koordinator yang disampaikan oleh para tetamu jemputan.
Started Ended
Number of participants
24
Service hours
288
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme
Legacy BWF

Share via

Share