Penang International Kids Storytelling Festival
Penang International Kids Storytelling Festival merupakan sebuah program yang menganjurkan persembahan bercerita kepada kanak-kanak yang terdiri daripada prasekolah sehingga sekolah rendah. Persembahan ini dilakukan oleh pencerita-pencerita yang terkenal dari seluruh negara. Pencerita datang dari negara India, Singapura, Filipina, United Kingdom, Thailand, Malaysia, Itali dan USA. Program ini bermula pada jam 10 pagi sehingga 4 petang. Saya mendapat pengalaman baru kerana saya berpeluang melihat cara pencerita tersebut menyampaikan cerita mereka dengan gaya yang tersendiri. Selain itu, saya juga dapat melakukan khidmat masyarakat dengan membantu membersihkan kawasan program dan membantu kanak-kanak yang hadir di program tersebut.