PEMEGANG RAMBU PKK 2017 MENGORAK LANGKAH KECEMERLANGAN
Permulaan kecemerlangan setiap individu pengakap adalah dengan penerimaan Rambu Kanak-Kanak Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri yang hanya dikurniakan kepada ahli pengakap darjah 6 sahaja. 9 sesi ujian wajib disempurnakan setiap calon untuk menyempurnakan setiap elemen termasuk ujian ikatan, gajet(tripod), perkhidmatan, ujian objektif, kraftangan, malam pengakap, semakan buku log, kawad kaki, istiadat bendera dan laung agung serta temuduga.
Majlis yang gilang-gemilang ini disertai seramai 106 ahli seluruh negeri Pulau Pinang, 28 ahli dari daerah Bayan Lepas dan secara khususnya 8 orang ahli dari Pek 02 SK Bayan Lepas
dengan disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Negeri Pulau Pinang, Tuan Haji Zulkafli bin Kamaruddin yang dalam ucapan beliau agar pemegang rambu PKK menjadi pelapis dan penerus generasi cemerlang kerana hanya yang benar-banar cemerlang dianugerahkan dengan anugarah ini.
Diakhir majlis kesemua 106 calon diraikan dengan pengalungan rambu kanak-kanak di atas pentas oleh Tuan Pesuruhjaya Negeri, Tuan Haji Zulkafli Bin Kamaruddin, Penolong Pesuruhjaya Negeri (Dokumentasi,penerbitan dan teknologi maklumat)- En Wong Kok Nian,
Penolong Pesuruhjaya Negeri (PKK)- En Annuar Bin Sha'ari,
Pesuruhjaya Negeri( Nibong Tebal)- Pn Norhayati Binti Mohamad, Pesuruhjaya Negeri Balik Pulau - Tn Rozhan Bin Haji Yahaya
,
Guru Besar SK Tasek Permai- Pn Zaiton Binti Mat Zain, Penolong Pesuruhjaya Negeri ( pengurusan penarafan pengakap raja dan penyelaras MoP ) - En Teoh Kheng Lin.
Tarikh : 18-19 November 2017 (sabtu-ahad)
Tempat : SK Tasek Permai
Masa : 8 pagi - 2.30 ptg
Peserta : 106 orang
Penganjur: PPM PULAU PINANG