PEMBERSIHAN MADRASAH (MAFUS)

PEMBERSIHAN MADRASAH (MAFUS)

Setelah sentuhan terakhir pembinaan madrasah selesai, kami bekerjasama membersihkan Madrasah Haji Senik ini. Kami menyapu lantai daripada habuk-habuk hasil pembinaan tersebut. Kemudian, kami mencuci lantai dengan menggunakan water jet supaya kotoron-kotoran degil dapat dicuci dengan baik dan tidak meninggalkan kesan comot. Kami memastikan dinding madrasah dicat sepenuhnya dan tiada ruang yang belum dicat. Selain itu, kami menyapu persekitaran madrasah dan membakar sampah-sampah di tempat yang sesuai. Kami juga mengalihkan sisa-sisa serpihan batu. Setelah itu, kami meletakkan peralatan-peralatan yang digunakan semasa proses pembinaan madrasah di tempatnya dan menyusunnya dengan baik. Kami menyusun kelengkapan madrasah dengan teratur dan meletakkan beberapa aksesori dalam madrasah ini supaya sedap mata memandang. Kami memastikan agar alatan-alatan elektronik dipasang dengan baik dan tiada masalah teknikal. Sesi pembersihan ini membuat kami berasa amat teruja kerana kami tidak sabar untuk melihat para jemaah menunaikan ibadah di sini. Projek ini mengambil masa 8 bulan untuk diselesaikan dek Perintah Kawalan Pergerakan. Ia bukanlah satu jangka masa yang singkat dan kami telah menempuh pelbagai cabaran untuk sampai ke hari ini. Kami berasa amat berpuas hati setelah melihat keadaan madrasah yang bersih dan kemas.
Number of participants
1
Service hours
6
Location
Malaysia

Share via

Share