PEMBERSIHAN MADRASAH BUAT KALI TERAKHIR
Pada tanggal 6 ogos hingga 10 Ogos 2020, Saya Nik Fatin Nadia Binti Zuhir salah satu ahli rasmi mafus yang menggalas tanggungjawab sebagai media di Madrasah Haji Senik, Kg Pak Limah, Salor, Kelantan akan memastikan keselamatan dan keselesaan madrasah sebelum diguna pakai oleh penduduk kampung dan orang awam.Dengan ini,kami akan memastikan pendawaian elektrik tersusun rapi dan berfungsi secara normal supaya tidak menimbulkan risiko yang berbahaya.
Kami juga membersihkan mozek madrasah,mengecat semula tempat yang kotor,memasang paip,menyudahkan tandas untuk kegunaan ramai dan juga kami akan memastikan tandas dan penyambungan air boring dengan sempurna.Disamping itu,kami memeriksa PA sistem untuk laungan azan dan pagar sentiasa kunci demi keselamatan madrasah.Oleh itu,madrasah Haji Senik telah rasmi untuk diguna pakai oleh semua orang.