PELANCARAN BILIK SEKRETARIAT KLKM UPM DAN MAJLIS PENGANUGERAHAN PINGAT SEMPENA 100 TAHUN PENGAKAP NEGERI SELANGOR
pelancaran bilik sekretariat KLKM UPM telah berjaya dirasmikan oleh Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Datin Paduka Noor Aini dan majlis penganugerahan pingat kepada Naib Canselor sempena 100 tahun pengakap negeri Selangor. Seramai 200 orang ahli kelana yang terlibat di dalam majlis tersebut. Majlis tersebut telah berjaya di rasmikan di Dewan Kolej 5 Universiti Putra Malaysia. Majlis bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Turut diadakan juga Seminar MOP oleh Tuan Akhtar Fitri, jurulatih KLKM UPM.