Mini Karnival Sains
Objektif diadakan program Minggu Sains ini ialah untuk :
1.1 Meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sains bagi semua pelajar Sekolah Kebangsaan Pengkalan Rinting dalam peperiksaan sama ada di peringkat sekolah atau peperiksaan awam menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
1.2 Membuang tanggapan bahawa mata pelajaran Sains adalah susah sebaliknya sangat menarik untuk dipelajari.
1.3 Memberi pengalaman menarik kepada pelajar melakukan hands-on experiment melalui aktiviti yang dijalankan.
1.4 Menjana minda kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar
1.5 Mengaplikasikan ICT dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
1.6 Memupuk kesedaran pelajar untuk mencintai alam sekitar anugerah Allah menerusi penerapan nilai murni dalam aktiviti yang berkaitan dengan kitar semula.
1.7 Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar seperti sikap bekerjasama,
berkeyakinan dan bantu membantu.
Pada hari Selasa 26 Februari 2018, kami telah melancarkan Program Mini Karnival Sains di Dewan Terbuka SK Pengkalan Rinting. Pada hari yang sama kami telah mengadakan pameran Sains dengan beberapa eksperimen Sains yang mudah di makmal Sains. Murid-murid tahun 4, 5 dan 6 dibimbing oleh guru matapelajaran Sains masing-masing untuk melihat pameran Sains. Hari yang kedua, diteruskan dengan pameran Sains dan kami mengambil masa 1 Sukan 1 Murid untuk mendemonstrasikan beberapa eksperimen kepada semua murid. Beberapa eksperimen mudah juga didemonstrasikan kepada murid di makmal Sains. Hari yang terakhir, diteruskan dengan POP KUIZ dimana guru pelatih bertanya beberapa soalan kepada murid. Murid yang dapat menjawab soalan guru diberi hadiah dan akhirnya Mini Karnival Sains.