MESYUARAT DAN GOTONG-ROYONG PERTAMA MADRASAH
Alhamdulilah,selesai Bengkel Scout Of The World Discovery saya telah diserap masuk ke dalam pasukan Projek MAFUS atau Madrasah For Us .Menyuarat kedua telah diadakan di rumah pemilik madrasah iaitu di Kampung Pak Limah Aur Duri ,salor.
Mesyuarat ini diadakan bagi menyatakan hasrat kami.untuk memberikan nafas baru kepada madrasah Hj.Senik.Kami kami berbicang dengan pemilik madrasah iaitu isteri kepada arwah Hj Senik dan anaknya.Alhamdulillah .mereka bersetuju dan menyokong penuh hasrat untuk menjalankan projek ini
Beberapa hari selepas kami diizinkan,untuk meneruskan projek ini,kami mengadakan gotong-royong untuk membunag segala barangan atau bagunan yang kian merapuh dan rosak akibat di makan anai-anai dan terbiar lama .Gotong-royong ini diadakan bersama penduduk kampung dan beberapa orang ahli pengakap kelana B-Blackflurry pasir mas yang turut hadir membantu
Setelah,siap gotong-royong barulah kami dapat menilai bahawa projek ini perlu di buat pembinaan semula dan bukan pembaikan atau projek menaik taraf kerana struktur pembinaanya 90% tidak boleh digunakan.Walaupun begitu,kami tetap bersemagat dan tetap ingin berjuang meneruskan projek ini hingga ke akhirnya In Sya Allah.