Mesej Keamanan Disemai Di Pulau Mutiara Laut China Selatan

Mesej Keamanan Disemai Di Pulau Mutiara Laut China Selatan

julung kalinya Kursus Koordinator Messengers of Peace dianjurkan di Wilayah Persekutuan Labuan Pada 28-29 April 2018 di Labuan International School. Kursus ini disertai seramai 24 pemimpin pengakap. Kursus ini memperkenalkan tentang MOP, kaedah memuat naik, pengiraan jam & Facebook MoP, gerak kerja berpangkalan, pengurusan MoP di peringkat Kumpulan/Daerah, Hak cipta & Harta Intelek MoP, penyediaan dan pembentangan kertas Projek dan akhir sekali pelan tindakan dan aku janji MoP. Kursus ini dikendalikan sendiri oleh Koordinator MOP Kebangsaan Dr Amir Hamzah Bin Aman, dibantu oleh Tuan Adha Fikris dan Ms. Yee Ting. Menariknya disepanjang kursus ini ,peserta didedahkan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Ini termasuklah pelbagai jenis permainan, tepukan dan lagu-lagu MoP. Peserta juga dilatih untuk mempelajari Tarian MoP versi Malaysia. Uniknya tarian ini digabungkan elemen Joget dan Inang. Tarian MoP ditarikan diseluruh dunia untuk menyampaikan mesej keamanan sejagat. Program MoP sebenarnya telah diperkenalkan pada tahun 2011. Disepanjang kursus peserta didedahkan dengan pelbagai tingkat pencapaian yang boleh dicapai oleh ahli pengakap berumur 16-25 tahun. Selain MoP, terdapat juga anugerah seperti Scouts of the World Award program (SWAP), World Scout Enviromental Program (WSEP) dan Scouts Solar Project. Justeru adalah menjadi tugas dan tanggungjawab koordinator antaranya mempromosikan pencapaian ini kepada ahli pengakap di WP Labuan khususnya dan di Malaysia amnya. Majlis Perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Yang Hormat Dato" Seri Mohd Alias Bin Abdul Rahman selaku Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri WP Labuan. Turut hadir pada majlis yang sama ialah Pesuruhjaya Kebangsaan Dr Amir Hamzah Bin Aman dan Skip Rosni Bin Mohd Daud. Pada majlis penutupan, tersebut Dato" Seri Mohd Alias menyatakan komitmen pasukan MoP WP Labuan yang kan membantu Pengakap Malaysia dalam meningkatkan khidmat jam yang dilaporkan dalam laman scout.org "PPM WP Labuan amat komited dalam pembangunan dan misi keamanan yang dibawa oleh pergerakan pengakap. Justeru para koordinator yang telah dilatih ini akan menjadi sayap-sayap yang akan menjadi penyebar mesej keamanan yang diinginkan" katanya lagi DIakhir kursus ini, peserta dianugerahkan dengan lencana MoP, skarf MoP dan sijil pengiktirafan koordinator yang disampaikan oleh para tetamu jemputan.
Started Ended
Number of participants
27
Service hours
324
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme
Legacy BWF

Share via

Share