Merdeka Walk & Clean Up The World 2017
Program Merdeka Walk & Clean Up The World 2017 ini sepatutnya dijalankan pada minggu lepas. Namun disebabkan faktor cuaca yang tidak bersesuaian menyebabkan program ini terpaksa dianjakkan pada tarikh 24 September. Program ini melibatkan peserta dari lapisan masyarakat termasuk sekolah rendah, politeknik dan USM. Peserta yang dianggarkan lebih 200 orang ini dilakukan seawal 8 pagi sehingga 1 tengah hari.
Ketibaan awal kami, kami dikumpulkan dan melakukan aktiviti pemanasan badan. Kemudian kami diberi makanan roti dan sebotol air minuman. Dalam sekitaar 9.30 pagi, kami dibahagikan mengikut kumpulan dan dilepaskan mengikut tempat2tempat yang telah ditetapkan. Kumpulan USM telah digabungkan dengan peserta politeknik untuk membersihkan kawasan di sekitar USM CEMAX. Kawasan Taman Negara menuju ke USM CEMAX mengambil masa lebih kurang 40 minit dengan jalan yang sangat berliku naik dan turun.
Tiba di kawasan yang dituju, kami mengutip segala sampah sarap yang dijumpai. Antara kekangan yang kami hadapi ialah kami terpaksa menjaga sampah sarap itu dari monyet. Kemudian sampah sarap yang dikumpulkan itu perlu dibawa semula untuk pulang.
Program ditamatkan dengan kehadiran para vip kemudian kami diberikan makanan tengah hari. Pada pukul 3.00 petang kami tiba di USM.