Membersihkan Dewan Batu Kawah
Seramai 27 orang pengakap remaja telah bekerjasama untuk membersihkan Dewan Batu Kawah sekaligus menjadikan projek tersebut sebagai salah satu perkhidmatan.Kami telah dibahagikan tugas mengikut patrol.Patrol 1 telah mengelap tingkap serta membersihkan tandas.Patrol 2 pula telah menyapu serta mengemop lantai untuk membuang segala debu manakala patrol 3 telah diarahkan untuk mengutip sampah disekitar kawasan dewan.