Meet & Greet with Pramuka! KIBAR!! RAIMUNA NASIONAl 2017, Jakarta, Indonesia
Raimuna Nasional merupakan perkhemahan besar yang diadakan empat tahun sekali melibatkan Pramuka Penegak dan Pramuka Pendega seluruh Indonesia bertujuan untuk membentuk keperibadian Pramuka yang berjiwa patriotik, berakhlak mulia serta mengeratkan tali persaudaraan sesama Pramuka.
Perkataan Raimuna berasal daripada Daerah Yapen Timur, kabupaten Yapen Waropen, Papua yang merupakan gabungan dua perkataan iaitu Rai dan Muna. Rai bermaksud sekelompok orang berkumpul untuk mencapai tujuan tertentu manakala Muna bermaksud daya kekuatan jiwa seseorang yang berpengaruh baik dalam mencapai kejayaan.
Raimuna Nasional yang ke-11 ini diadakan di Bumi perkhemahan Graha Wisata Cibubur, Jakarta Timur pada 13-21 Ogos 2017 dengan bertemakan “Pramuka Untuk Masa Depan Indonesia”. Pekhemahan ini melibatkan 15000 Pramuka dari 34 provinsi seluruh Indonesia serta dari luar Negara iaitu terdiri daripada Malaysia, Bangladesh, Singapore, Nepal, India dan Taiwan.
Antara aktivii dijalankan di sana ialah :
- Education Tour
- Global Development Village (GDV)
- Rover Challenges
- Festival dan Karnival
- Kegiatan Khusus
- Pentas Budaya
- Kegiatan Masa Lapang