The Making of SWA Proposal
Beberapa minggu selepas perjumpaan pertama bersama-sama dengan team UTHM. Saya bertanggungjawab dalam membuat dan menyiapkan proposal untuk projek SWA kami yang bertajuk "Bidong Street Light Solar Lamp" yang telah dipersetujui oleh kesemua peserta SWA. Projek ini bakal dijalankan di Pulau Bidong, Terengganu atas faktor penggunaan mesin generator yang diperlukan dalam menyumbangkan tenaga elektrik di pulau tersebut. Projek ini diharap dapat membantu dalam mengurangkan penggunaan generator bagi menggantikan penggunaan elektrik iaitu lampu-lampu di pulau itu.
Dalam menyediakan kertas kerja ini, saya mengambil kira pelbagai aspek bagi memenuhi syarat-syarat kertas kerja sebelum dihantar kepada koordinator SWA untuk disemak sebelum projek ini dapat dijalankan. Kami bersama-sama dalam mengira dan menyediakan segala perbelanjaan untuk peralatan-peralatan yang akan digunakan untuk projek ini. Di samping itu, gambaran projek ini juga harus disediakan bagi memudahkan kertas kerja ini disemak serta diluluskan. Kertas kerja ini juga akan dirujuk dan disemak dahulu oleh penasihat sebelum dihantar.
Kertas kerja ini juga harus dipelajari dan difahami sebetul-betulnya samada dari pensyarah di universiti, rakan-rakan SWA dan juga dari penasihat. Hal ini supaya kertas kerja ini mudah difahami oleh semua.