[ MAFUS ]_Fasa Akhir Pembangunan
Setelah sekian lama kini tibalah masa yang dinantikan oleh saya iaitu minggu ke-30, Projek MAFUS kini sudah tiba ke fasa akhir dan kemudian secara rasminya boleh digunakan.Pada awalnya kami semua menganggap itu adalah mimpi tapi siapa sangka sebuah cita-cita bersama mampu tercapai apabila adanya semangat berpasukan dan ingin berjuang.Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.Harapan dan kepercayaan yang diberikan oleh Umi dan penduduk Kampung Pak Limah tidak kami persiakan atau permainkan.
Ilmu yang kami perolehi ini akan kami manfaatkan untuk masa hadapan.Saya juga berharap kekuatan yang sedekah kan dalam pembangunan Madrasah Haji Senik ini akan membantu dan meringankan beban penyiksaan kami kelak di akhirat.Seperti yang umi pernah berkata bukan senang untuk kita menemui anak muda yang sanggup berjuang kerana Allah.
Yang lagi membuat kami dan penduduk kampung gembira dan pada masa sama tersentak kerana masih tidak percaya apabila "Allahuakbar,Allahuakbar" hingga pengakhirannya (azan) dilaungkan setelah sekian lama hilang di kampung tersebut kini kembali di laungkan di Madrasah Haji Senik Kampung Pak Limah,Salor.Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah bisa dilakukan semula secara rutin di madrasah bersama sama