[ MAFUS ]_Bendahari MAFUS a.k.a Buruh Madrasah

Saya Danial Firdaus dilantik sebagai Bendahari projek Madrasah For Us (MAFUS) di Kampung Pak Limah,Salor. Tanggungjawab utama saya ialah menguruskan Kewangan MAFUS.Antara tugas lain saya adalah:-  

  • Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan persatuan.
  • Mengeluarkan resit bagi penerimaan dan pembayaran yang dibuat.
  • Memantau dan mengawasi kewangan keluar/masuk
  • Merancang kewangan
  • Melakukan kutipan amal 

Untuk makluman kutipan dana akan bergerak pada setiap minggu,ini inisiatif yang saya bagi menggelakkan urusan pembangunan  MAFUS.Setiap bahagian pembangunan madrasah memerlukan dana kerana kami kumpulan MAFUS bermula dengan kosong ringgit jadi setiap bantuan yang kami terima akan dimanfaatkan sebaik mungkin.Tambahan pula, setiap kali proses kutipan dana Nur Aifaa Fariesya selaku Setiausaha MAFUS akan menjadi pembantu saya dan menjadi orang kedua bagi mengelakkan penyelewangan duit

Pelbagai agensi,jabatan dan individu yang ingin bekerja sama antaranya;-

  • Pejabat Setiausaha Negeri Kelantan (SUK)
  • Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK)
  • Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan
  • Masjid
  • Sekitar bandar Pasir Mas
  • Selebriti

Walaupun saya berstatus Bendahari di dalam projek MAFUS ini,itu tidak menghalang saya untuk turun padang membantu rakan sekerja bekerja di bawah terik matahari bagi menaikkan mahligai Agung iaitu Madrasah Haji Senik Kampung Pak Limah,Salor.

Bantuan dan amal jariah yang saya sumbangkan dari segi :-

  • Menjalankan gotong-royong
  • Merobohkan tapak asal madrasah
  • Mengaul simen
  • Mengikat batu bata
  • Menggali lubang untuk air kumbahan dan air boring
Started Ended
Number of participants
1
Service hours
30
Location
Malaysia

Share via

Share