Let’s gather and discuss our project
Pada perjumpaan kali pertama, kami telah berkumpul dan berbincang untuk membahagikan tugasan tugasan mengikut kumpulan. Terdapat dua kumpulan tugasan iaitu kumpulan sponsor dan kumpulan pengurusan. Seramai lima orang daripada kumpulan sponsor. Manakala bagi kumpulan pengurusan, seramai empat orang sahaja. Setiap kumpulan telah ditugaskan dengan tugasan masing masing. Kumpulan sponsor ditugaskan untuk mencari dana bagi menampung projek kami. Antara tempat-tempat yang telah dibincangkan pada malam ini untuk kami mencari sedikit sumbangan adalah di sekitar pasar payang, di sekitar kedai-kedai kuala terengganu serta di blok-blok asrama UMT. Bagi kumpulan pengurusan pula, telah ditugaskan untuk menguruskan segala kerja-kerja seperti pengangkutan, makanan serta mencari bahan-bahan untuk melakukan projek kami. Di samping itu, projek kami ini bekerjasama dengan pihak UTHM di mana seramai lima orang pelajar UTHM dan seramai 9 orang pelajar UMT. Projek rintis ini akan dilaksanakan di Kampung Vietnam, Bidong, Terengganu.