Lencana Peladang Kecil
Pengakap SK Seri Kenanga (123JB) telah mengadakan satu program pertanian bagi memupuk semangat cintakan alam sekitar telah diadakan di tapak semaian SK Seri Kenanga pada 21 dan 22 september. Program selama dua hari ini telah berjaya memupuk minat dikalangan ahli pengakap kanak-kanak dalam mendalami ilmu pertanian. Dengan adanya pendedahan yang bermanfaat seperti ini diharap dapat memberi peluang kepada setiap ahli untuk mendalami ilmu pertanian dengan cara dan teknik yang betul. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua tenaga pengajar yang terdiri dari kalangan pemimpin dan penolong pemimpin unit uniform pengakap SK Seri Kenanga kerana tidak lokek mencurahkan ilmu yang cukup berguna kepada PKK yang terlibat dalam program pada kali ini. Inshaa Allah moga usaha ini dapat diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang.