Latihan dikir barat
Latihan dikir barat oleh ahli Pengakap Kanak-kanak Sekolah Kebangsaan Rahang tahun 4 dan 5 sebagai persediaan untuk persembahan malam kebudayaan perkhemahan Pengakap. Latihan dibuat selepas waktu sekolah untuk memastikan kelancaran sewaktu persembahan. Seni kata dalam dikir barat ini dicipta sendiri oleh pemimpin Pengakap dan mengandungi nilai-nilai murni sebagai seorang ahli Pengakap. Latihan dibuat berulang kali agar murid-murid kurang rasa gemuruh dan seronok membuat persembahan pada malam kebudayaan perkhemahan Pengakap.