Kursus Pertolongan Cemas dan Anti-Dadah
Kursus ini diadakan di Bilik Mesyuarat Wisma Persekutuan pada 1 Disember 2016.Seramai 7 peserta lencana Maju yang menyertai program tersebut.
Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk membantu peserta Maju memenuhi kuota lencana Maju mereka supaya dapat lencana Jaya.
Program ini juga disertai oleh 3 orang pegawai dari APM(Angkatan Pertahanan Awam Malaysia)Cawangan Sarikei dan 1 orang pengawai AADK(Agensi Anti-Dadah)Cawangan Sarikei.
Terdapat banyak maklumat lanjut mengenai isu dadah yang berlaku sekarang yang mereka dapat ketahui disamping dapat menjalankan ujian air kencing.