Kursus Penarafan Penaraf Pengakap Raja Kebangsaan 2017 di Semenyih
Malaysia

Kursus Penarafan Penaraf Pengakap Raja Kebangsaan 2017 di Semenyih

Kursus Penarafan Penaraf Pengakap Raja Kebangsaan 2017 telah diadakan di Mutiara Semenyih Training Village & Eco Resort Semenyih, Selangor, dari 18 hingga 21 Mei 2017. Kursus ini telah disertai oleh peserta dari negeri-negeri yang berlainan. Berkat tunjuk ajar dari barisan jurulatih dan juga usaha dan kerjasama dalam kalangan peserta kursus, akhirnya semua peserta kursus berjaya menamatkan kursus. Dalam kursus ini, saya juga sangat bertuah kerana telah mendapat kepercayaan daripada barisan jurulatih, sebagai peserta terbaik patrol. Kejayaan ini merupakan satu dorongan yang cukup bermakna kepada saya untuk terus berpengakap dan berusaha untuk memberi sumbangan dalam melatih generasi akan datang supaya menjadi ahli pengakap yang berguna dan sentiasa bersiap sedia.
Started Ended
Number of participants
50
Service hours
32
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share