KURSUS MANIKAYU 3B - IPGKTI

KURSUS MANIKAYU 3B - IPGKTI

1 November 2018, bermulanya Kursus Manikayu 3B. Kursus ini dijalankan bagi meraih pangkat dua butir manikayu, dan sijil dua butir manikayu. Sepanjang kursus ini berbagai aktiviti telah kami jalani, antaranya adalah Ujian Lencana Keris Perak, Malam Aspirasi Kebudayaan Pengakap dan lain-lain lagi. Selama 3 hari yang telah dilalui sepanjang Kursus ini, berbagai pengajaran yang telah kami pelajari dan telah mengambil iktibar serta memandang besar akan setiap peristiwa yang berlaku secara langsung dan tidak langsung. Tuan Haji Yusof iaitu pensyarah kami yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan perbetulkan akan setiap perlakuan yang kami lakukan sama ada ianya betul atau perlu diperbaiki. Beliau merupakan tokoh juga seorang idola bagi saya untuk diikuti dalam dunia Pengakap ini. 3 November 2018, merupakan hari terakhir kami bagi menjalani Kursus Manikayu 3B, di padang terbuka IPGKTI, ianya merupakan pengalaman yang cukup indah dan juga mendewasakan saya.
Started Ended
Number of participants
34
Service hours
306
Location
Malaysia

Share via

Share