Kursus Manikayu 3A PPM KLM 17 IPGKTI
Gambar ini diambil ketika sesi Ujian Lencana Keris Emas dimana ahli pengakap perlu mendirikan dan melipat khemah. Aktiviti ini dilakukan mengikut sekawan masing-masing. Melalui aktiviti tersebut, ahli pengakap dapat mempraktikkan cara dan kemahiran mendirikan serta melipat khemah dengan betul yang mana boleh diaplikasikan untuk sebarang aktiviti perkhemahan di masa akan datang. Kemahiran ini sangat penting bagi memastikan khemah tersebut tidak rosak, tahan lebih lama dan boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang. Melalui aktiviti ini, para ahli pengakap dapat mendidik sifat kekitaan serta semangat kerja berpasukan. Kesimpulannya, kemahiran ini adalah penting untuk dikuasai oleh ahli pengakap kerana dunia kepengakapan melibatkan banyak aktiviti berkhemah dan memerlukan semua ahli dapat mendirikan dan melipat khemas dengan betul untuk memastikan kualiti khemah dapat dikekalkan.