KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PENGENALAN DAN PERINGKAT I

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PENGENALAN DAN PERINGKAT I

Program ini telah dijalankan pada 24 Februari pada jam 3 petang dengan pendaftaran peserta seramai 116 orang. Kemudian, majlis perasmian berlangsung pada jam 3.15 petang. Program ini dijalankan bertujuan untuk mendedahkan ahli KLKM USM peringkat 100 kepada asas kepengakapan dan juga pengurusan krew Kelana yang betul. Program ini dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Tajuddin Othman, Pengarah Pusat Rancangan Kokurikulum Universiti Sains Malaysia. Dr. Mohd Anuar Bin Arshad, Pengerusi Rancangan KLKM USM turut menghadiri majlis perasmian tersebut . Pengarah projek untuk Kem Manikayu ini merupakan Vignesshwaran Munian yang merupakan antara ahli KLKM peringkat 100. Kursus Kepimpinan Manikayu tersebut merangkumi dua bahagian iaitu bahagian pertama merangkumi kuliah atau sidang dan bahagian kedua pula merupakan membina tapak perkhemahan sepanjang kursus tersebut berlangsung. Antara sidang yang berlangsung semasa kursus tersebut ialah Tujuan dan Dasar Kepengakapan, Sejarah Kepengakapan, Dasar Keagamaan, Persetiaan dan Undang-undang, Istiadat Pengakap, Kemahiran Pengakap dan sebagainya. Tugasan sampingan turut diadakan seperi membuat wogel dan ikatan tali bagi memastikan peserta kursus memberi tumpuan penuh terhadap sidang yang dijalankan. Pada akhir kursus tersebut, semua peserta lulus dan layak memakai lencana Kepimpinan serta layak untuk ke Kursus Manikayu 3A. Selain itu, peserta juga layak memakai wogel anyaman yang dianyam mereka sendiri. Di samping itu, peserta dapat menguatkan ukhuwah antara ahli krew masing-masing, berpeluang untuk membina gajet-gajet dan mempelajari susunan serta pengurusan tapak perkhemahan serta menambah ilmu kepengakapan mereka secara teoritikal dan praktikal.
Started Ended
Number of participants
116
Service hours
2088
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share