KURSUS KEMANTAPAN KETUA KREW KELANA 5K

KURSUS KEMANTAPAN KETUA KREW KELANA 5K

Kursus kemantapan ketua krew 5K ini diadakan pada 13-15 Oktober 2017 yang dihadiri oleh 103 orang termasuk 61 peserta, 30 orang AJK dan 12 orang jurulatih. Kursus ini dijalankan sebagai persediaan ke BP Award. Kursus ini melibatkan ahli-ahli Kelanasiswa yang terdiri daripada universiti awam seperti USM, UIA, UNISZA, dan UMT. Para peserta dikehendaki melakukan beberapa tugasan seperti di BP Award contohnya membina projek perintis, kem kraft, ikhtiar hidup dan sebagainya. Saya berasa sangat gembira kerana saya dapat belajar beberapa kemahiran baru terutama membina projek perintis, memasak dan menyalakan api. Kemahiran ini boleh digunakan untuk ke BP Award nanti.
Started Ended
Number of participants
1
Service hours
9
Location
Malaysia

Share via

Share