Korobori Pengakap Negeri Johor 2016

Korobori Pengakap Negeri Johor 2016

Korobori Pengakap Negeri Johor 2016 telah diadakan selama 3 hari bermula pada 20 hingga 22 Oktober 2016 di Pusat kokurikulum Kota Tinggi, Kampung Johor Lama, Teluk sengat. Program tahunan ini telah disertai seramai 450 orang pengakap kanak-kanak seluruh Johor. Seramai 180 orang pemimpin pengakap dan juga pengakap kelana turut menjayakan korobori tersebut. Sebanyak 31 aktiviti pangkalan telah dijalankan yang menawarkan 100 keping sijil pencapaian emas, 200 sijil pencapaian perak dan 200 sijil pencapaian gangsa. Lawatan ke Muzium Kota Johor Lama turut diadakan sesuai dengan tema korobori kali ini "Aspirasi Sejarah." Malah para peserta turut berpeluang menanam 150 batang pokok bersama dengan komuniti tempatan di Teluk Sengat. Selain itu, seramai 162 pengakap kanak-kanak telah menerima Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan dikalungkan dengan Rambu Pengakap Kanak-kanak semasa majlis penutup yang telah disempurnakan oleh Pegai Daerah Kota Tinggi, Tuan Haji Mohd Norazam bin Dato' Osman, selaku wakil rasmi YAB Menteri Besar Johor. Korobori pada kali ini telah dikelolakan dengan jayanya oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Pasir Gudang. Lebih menarik lagi apabila korobori pada tahun ini diadakan sempena dengan ulang tahun ke-100 penubuhan pengakap kanak-kanak sedunia.
Started Ended
Number of participants
630
Service hours
11340
Location
Malaysia

Share via

Share