Korobori Kulai Kali ke-4
Korobori Kulai ini diadakan oleh pengakap-pengakap kumpulan ke-66 Kulai dari SM Foon Yew Kulai . Untuk menyambut Cubs 100 ulang tahun dan juga kesedaran tentang kebersihan sungai . Dalam hari pertama , saya telah pergi untuk membuat persediaan dan raptai . Dua hari seterusnya , pelbagai aktiviti telah dilangsungkan . Antaranya ialah sesi permainan stesen , dalam permainan ini , telah menerapkan unsur ilmu pengakap , undang-undang pengakap , kemahiran pengakap , kemahiran hidup , keselamatan jalan raya , kemahiran fizikal dan mesra alam . Selain daripada pengakap kumpulan ke-66 , terdapat pengakap muda dan remaja daripada kumpulan lain telah bersama membuat perkhidmatan untuk menjayakan aktiviti ini . Korobori ini telah disertai oleh pengakap dari negeri Johor , Melaka , Pulau Pinang dan Singapura . Korobori ini sangat bermakna kepada pengakap kanak-kanak yang akan menjadi pewaris negara kita dan secara tidak langsung membina individu yang kuat dalam rohani dan fizikal .