KMK 3A PPM KLM 17/IPGKTI

KMK 3A PPM KLM 17/IPGKTI

KMK3A ini telah dilaksanakan pada 19Julai hingga 21 Julai 2018 di IPGKTI. Seramai 46 orang peserta kursus yang terdiri daripada guru pelatih ambilan jun 2015 dan ambilan jun 2016. Kursus ini diisi dengan pelbagai slot dan amali adalah untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan mengenai pengakap sekaligus mampu membentuk ciri-ciri pemimpin dalam diri guru pelatih. Bukan itu sahaja, kursus ini mampu menjadi wadah sebagai pembentukan pemikiran yang kritis dan kreatif dalam kalangan guru pelatih dalam melaksanakan sesuatu aktiviti. Tuntasnya, kursus ini mampu melahirkan ahli pengakap atau guru pelatih yang berjiwa pemimpin, berfikir di luar kotak dan seterusnya menjadi seorang guru yang lengkap dari segi JERIS.
Started Ended
Number of participants
46
Service hours
828
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share