Khidmat Dihayatku
Program Perkhemahan Penarafan Pengakap Raja ini merupakan sebuah program anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor bertempat di Kem Mutiara Semenyih Training Village & Eco Resort. Program ini telah dibantu oleh 25 orang kelana dari seluruh negeri. Program ini merupakan ujian dimana para peserta akan diuji tahap kemahiran dan pengetahuan mereka tentang ilmu pengakap. Dimana mereka akan diuji selama 4 hari 3 malam.
Para peserta akan dinilai oleh pentaraf-pentaraf yang telah ditugaskan. Dalam tempoh ujian, para peserta akan diuji dengan pelbagai ujian merangkumi kemahiran dalam menghasilkan gajet serta pengetahuan tentang pengakap. Peserta akan diuji secara individu. Hanya peserta yang layak sahaja akan mendapat Pengiktirafan Pengakap Raja. Pengakap Raja merupakan tahap tertinggi dalam Pengakap Remaja.
Dalam program inilah kami telah berkhidmat bersama-sama melancarkan perjalanan program. Program ini juga telah mengeratkan hubungan persaudaraan antara pengakap kelana seluruh negeri. Kami berpegang pada cogan kata pengakap kelana iaitu berkhidmat. Kami berusaha menjalankan tugasan dengan baik tanpa sebarang keluhan.