Kempen Kawasan Angkat Krew 3.0
Kempen kawasan angkat krew 3.0 merupakan kesinambungan daripada siri 1.0 dan 2.0. Kelainan pada kali ini adalah, kawasan angkat kami semakin berkembang luas untuk dipelihara. Kami telah dipecahkan kepada sepuluh kumpulan dan setiap kumpulan tersebut akan digabungkan dua krew yang melibatkan krew di level 100 dan krew level 200. Setiap krew akan memantau sebuah kumpulan untuk memastikan mereka membersihkan kawasan yang telah ditetapkan kepada mereka.
Kumpulan yang saya telah jaga ialah kumpulan 9 iaitu gabungan dua krew I dari Level 100 dan 200. Kedua-dua kumpulan ini sangat memainkan peranan yang terbaik dalam menyelesaikan tugas membersihkan kawasan sekitar tasik, pusat pengajian, dewan kuliah dan lain-lain tempat lagi.
Krew ini mendapat tugasan membersihkan kawasan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan dan Pusat Pengajian Pengurusan. Banyak sampah yang berjaya mereka kutip. Walaupun penat lelah, namun mereka tidak berputus asa. Sampah yang berada di dalam longkang pun mereka kutip menyebabkan kawasan yang asalnya kotor telah menjadi bersih. Sesungguhnya kempen ketiga ini memberi ransangan sepenuhnya kepada ahli untuk terus berusaha membersihkan kawasan sekitar USM yang merupakan kawasan angkat kami semua.