Kempen Kawasan Angkat Krew 2.0
Kempen Kawasan Angkat Krew 2.0 pula dijalankan pada 10 April 2017 bersamaan hari Isnin turut memulakan aktiviti dengan senamrobik, diskusi kelestarian dan pembersihan kawasan-kawasan angkat yang telah terpilih. Berbanding Kawasan Angkat Krew 1.0 yang lebih tertumpu di kawasan tasik. Kawasan Angkat Krew 2.0 pula lebih kepada kawasan yang lebih luas iaitu meliputi Pusat Pengajian dan sekitar kawasan Pusat Rancangan Kokurikulum. Tidak dilupakan kawasan angkat iaitu bahagian tasik. Kami telah melawat kawasan tersebut untuk memerhati jika kawasan tersebut masih kotor dan kami telah bersihkan.