KEMPEN KAWASAN ANGKAT KREW 1 KLKM USM 2016/2017
Program ini dilaksanakan semasa perjumpaan mingguan ahli KLKM USM peringkat 200 iaitu pada hari Isnin jam 5.00 – 7.00 p.m. Program ini dimulakan seperti biasa iaitu dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Pengakap Malaysia serta Persetiaan Pengakap. Kemudian, taklimat ringkas diberikan oleh ahli KLKM USM peringkat 200 mengenai program tersebut.
Program tersebut telah dimulakan dengan aktiviti senam aerobik yangdiketuai oleh beberapa orang ahli KLKM USM peringkat 200 di hadapan kawasan pinjaman basikal. Semua ahli KLKM yang lain mengikut arahan dan pergerakan dari bawah. Setelah hampir setengah jam bersenam aerobik, program diteruskan dengan pembahagian kawasan mengikut krew masing-masing KLKM USM peringkat 200 bersama KLKM USM peringkat 100 secara teratur.
Ahli KLKM mula bergerak ke kawasan masing-masing untuk mencari dan mengutip sampah di kawasan sekitar tasik. Sampah yang telah dikutip dibuang ke dalam plastik sampah hitam yang telah disediakan. Aktiviti dilakukan secara beramai-ramai antara krew.
Aktiviti ini dapat mengukuhkan hubungan antara krew dan membina sikap kerjasama. Ahli KLKM juga dapat memupuk rasa cinta akan alam sekitar yang lebih mendalam.