Kem Lencana Keris Gangsa & Usaha
Pasukan pengakap ke-20 Kerian telah menjadi pembantu perkhemahan bagi Kem Ujian Lencana Keris Gangsa & Usaha Daerah Kerian. Aktiviti ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam di Pejabat Pelajaran Daerah Kerian, Kompleks SK Wawasan, Pekan Baru. Pengakap Kanak-Kanak dan Pengakap Muda yang berjaya menyertai kem dan menghantar buku log telah lulus Ujian Lencana Keris Gangsa & Usaha serta layak untuk memakai Lencana Keris Gangsa atau Lencana Usaha pada uniform pengakap masing-masing.