Kem Kesedaran Alam Sekitar Pengakap Sabah (KeKAS PENGAKAP 2014)
OBJEKTIF PROGRAM
i) Memupuk dan mengukuhkan kesedaran dalam memelihara dan memulihara alam sekitar.
ii) Mewujudkan perhubungan dua hala antara agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
iii) Mewujudkan dan mempraktikkan tanggungjawab korporat sosial (CSR) yang disarankan oleh Kerajaan kepada sektor-sektor swasta melalui aktiviti komuniti dan pemuliharaan alam sekitar.
iv) Pencerahan terhadap bidang pengurusan alam sekitar oleh agensi kerajaan yang terlibat, komitmen sektor swasta dalam pemuliharaan alam sekitar dan juga peranan NGO.