Kejayaan
Karya seni dalam bentuk mural tentang kejayaan pada dinding berhampiran kelas tahun 6 Sekolah Kebangsaan Rahang sebagai motivasi untuk murid-murid agar belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya. Banyak makna yang tersirat dalam karya ini dan yang tersurat ialah "6A" iaitu kejayaan tertinggi yang menjadi impian setiap murid di sekolah rendah. Motivasi pada dinding ini secara tidak langsung mengingatkan murid-murid agar belajar bersungguh-sungguh.