KAWASAN KREW ANGKAT 3.0
Pada perjumpaan mingguan kelana, kumpulan kelanasiswa USM sekali lagi
mengadakan khidmat masyarakat yang terdiri daripada ahli dari level 100 dan
level 200. Aktivti yang dijalankan adalah aktiviti bergotong-royong membersihkan
sekitar USM. Sebelum memulakan aktiviti, kami diberi penerangan oleh YDP
tentang gerak kerja kami tersebut. Kami dipecahkan mengikut krew masing-masing
dan diarah untuk bergerak ke tempat yang telah ditetapkan contohnya krew K
perlu membersihkan kawasan Tasik Fajar bagi memudahkan
perjalanan aktiviti tersebut. Dalam aktiviti ini, kami diarah untuk mengutip segala
sampah sarap dan ranting-ranting kering yang ada di sekitar kawasan tersebut agar
kebersihan USM lebih terjaga