KAWASAN ANGKAT KREW 3.0

KAWASAN ANGKAT KREW 3.0

Pada perjumpaan mingguan kelana, kumpulan kelanasiswa USM sekali lagi mengadakan khidmat masyarakat yang terdiri daripada ahli dari level 100 dan level 200. Aktivti yang dijalankan adalah aktiviti bergotong-royong membersihkan sekitar USM. Sebelum memulakan aktiviti, kami diberi penerangan oleh YDP tentang gerak kerja kami tersebut. Kami dipecahkan mengikut krew masing-masing dan diarah untuk bergerak ke tempat yang telah ditetapkan contohnya krew K perlu membersihkan kawasan Tasik Fajar bagi memudahkan perjalanan aktiviti tersebut. Dalam aktiviti ini, kami diarah untuk mengutip segala sampah sarap dan ranting-ranting kering yang ada di sekitar kawasan tersebut agar kebersihan USM lebih terjaga
Number of participants
70
Service hours
420
Location
Malaysia

Share via

Share