Jum ke tapak Jamboreee!!!
Seramai 34 guru pelatih dan dua orang pensyarah telah ke tapak Jambori Malaysia ke-13 pada 25 Disember 2016 selepas selesainya majlis penutupan Kursus Manik Kayu Peringkat 3B. Tujuan sebenar lawatan tersebut adalah untuk mendaftarkan 34 guru pelatih di Scout Org menerusi badan 'Messengers of Peace' (MoP). Antara aktiviti lain yang dijalankan ialah proses berjalan-jalan di kawasan tapak perkhemahan dan juga sesi beramah mesra bersama peserta Jamboree.