JAMBORI SATU MALAYSIA HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012
Tirai Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya 2012 dibuka pada Rabu. Himpunan ini disasarkan sebagai perhimpunan orang muda terbesar di dunia. Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menjadi penggerak utama acara ini, yang menyimpan harapan menggunung dan dibentuk khusus untuk membuka ruang serta peluang bagi anak muda mempamerkan bakat serta kreativiti.
Himpunan ini membawa harapan untuk menjadi antara 10 karnival tahunan terbesar, perhimpunan ini juga menampilkan 38 segmen yang menyediakan kira-kira 500 aktiviti yang tersusun dilaluan sejauh enam kilometer dengan 24 pentas dibangunkan untuk dikunjungi orang ramai.
Khemah mula didirikan di kaki lima bangunan kementerian di sepanjang laluan itu dengan bahagian hadapan Istana Kehakiman yang terletak di tengah-tengah laluan sudah bertukar wajah, membangkitkan "mood" karnival. Manakala, khemah untuk perserta didirikan disepanjang persisiran sungai.