JAMBORI PENGAKAP KEDAH KALI KE-5 & PERSAUDARAAN ANTARABANGSA 2017
Malaysia

JAMBORI PENGAKAP KEDAH KALI KE-5 & PERSAUDARAAN ANTARABANGSA 2017

Alhamdulillah Syukur kepada tuhan kerana mengizinkan Program terbesar bagi Pengakap Negeri Kedah dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang permasalahan besar yang timbul. acara 2tahun sekali yang ditunggu-tunggu oleh setiap ahli pengakap negeri kedah telah berjaya disempurnakan oleh seramai 4383 penyertaan dari pelbagai daerah dalam negeri kedah, pelbagai negeri dan pelbagai Negara. . seramai lebih dari 300 kelana telah berkhidmat sebagai tulang belakang program tersebut. seramai 363 penyertaan dari luar negara iaitu, Indonesia (Medan & Acheh), Thailand, Jepun, Italy, Korea, Amerika Syarikat. seramai 1312 penyertaan dari luar negeri kedah iaitu dari Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Sabah, Johor, Kuala Lumpur, P.Pinang, Sarawak & Labuan. Dan selebihnya adalah dari ahli pengakap Kedah dengan lebih 3000 orang. . Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan selama seminggu diantaranya dari aktiviti, indoor, outdoor serta keluar melawat di Alor Setar & Thailand. . Majlis telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia iaitu YAB Dato, Seri Mahazhir Bin Khalid. Diantara VVIP yang turut hadir ialah : Dato, Zaini Jaafar (Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Kedah) Datuk Seri Hj Shafie Bin Salleh (Ketua Pengakap Negara)
Started Ended
Number of participants
4383
Service hours
245448
Location
Malaysia

Share via

Share