Jambori Pengakap Kedah Kali Ke-5 dan Persaudaraan Antarabangsa 2017
Dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah dan pelbagai agensi yang lain, Jambori Pengakap Kedah telah berjaya diadakan pada 8 sehingga 12 Ogos yang lalu.
Saya rasa amat bahagia dan gembira dapat bertemu dengan pelbagai kontinjen negara lain seperti Indonesia dan Thailand. Saya juga pernah berinteraksi dengan mereka dalam bahasa Inggeris.
Ada pelbagai aktiviti yang menarik yang telah diadakan dan disusun rapi oleh pihak Jambori Kedah. Antaranya ialah flying fox, tarian MoP dan sebagainya.
Dengan kehadiran 4054 peserta dari pelbagai negara, boleh dikatakan Jambori Kedah Peringkat Antarabangsa ini merupakan perkhemahan yang amat berjaya.