JAMBORI LENCANA JAYA 2018 KONTINJEN PONTIAN
Malaysia

JAMBORI LENCANA JAYA 2018 KONTINJEN PONTIAN

Jambori Lencana Jaya (JLJ) Pengakap Muda Peringkat Negeri Johor telah diadakan pada 22 - 24 MAC 2018 yang bertempat di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, JOHOR anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor. 2018 mencatat seribu satu kenangan manis dan menakjubkan. Penyertaan peserta sahaja mencecah 656 orang, manakala 87 pemimpin / guru pengiring, 40 pembantu / pelatih / kelana dan 30 urusetia menjadikan jumlah keseluruhan 813 orang. Pencapaian membanggakan ialah dapat melibatkan kerjasama Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pengerang selain perasmian penutup oleh Yang Berhormat Hajjah Hamimah Mansor, ADUN Penawar, wakil rasmi Yang Berhormat Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said, ahli parlimen Pengerang. Tahniah diucapkan kepada semua kontinjen yang memenangi pelbagai anugerah. Terutamanya kepada Kontinjen Pontian yang merangkul kejayaan serta dinobatkan Johan Keseluruhan pada Jambori tersebut. Penilaian amat telus, tidak memihak mana-mana kepentingan justeru sudah bermula sejak proses pendaftaran lagi. Apapun, semuanya tidak hadir tanpa bantuan semua pihak khususnya pimpinan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Pontian serta Unit Kelana Daerah Pontian. D'Marine
Started Ended
Number of participants
50
Service hours
24
Location
Malaysia

Share via

Share