Istiadat Penganugerahan dan Pentauliahan Anugerah Baden Powell 2015
Nama Program : Istiadat Penganugerahan dan Pentauliahan Anugerah Baden Powell 2015
Tempat : Universiti Teknologi Malaysia , Skudai, Johor Darul Takzim
Tarikh : 11 November 2015 - 14 November 2015
Hari : Rabu - Sabtu
Seramai 46 orang ahli kelana dari IPTA dan IPTS seluruh Malaysia telah hadir untuk menjalani ujian pentauliahan Anugerah Baden Powell yang di idam-idamkan setelah beberapa tahun bergelar sebagai ahli pengakap kelana @ rovers.
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai telah dipilih sebagai tuan rumah untuk menganjurkan program ini kali ke -2 bagi Negeri KLKM.
Peserta akan menjalani beberapa ujian sebelum dianugerahkan BP Award bagi tahun 2015.