International Peace Day_Projek Gotong Royong Amal di Taman Rekreasi
Malaysia

International Peace Day_Projek Gotong Royong Amal di Taman Rekreasi

Sempena International Peace Day, Pengakap Kanak-Kanak SJK C Foon Yew 1 telah berjaya menjalankan satu kerja amal pada hari yang cukup bermakna ini. Seramai 50 orang ahli PKK dan 10 orang guru dan warga Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah melibatkan diri dalam program ini. Tahniah kepada guru-guru yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini dan terima kasih kepada sokongan padu daripada barisan pentadbir. Pelaksanaan program ini telah berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan iaitu menjalin hubungan yang baik dengan pihak luar, memberi pengalaman kepada ahli-ahli pengakap untuk lebih mendekati persekitaran, mendapatkan sumbangan buluh dan lebih mengenali dan memahami erti keamanan memandangkan lokasi gotong royong merupakan tapak peringatan mangsa-mangsa zaman perang dunia kedua. Syabas dan tahniah kepada semua.
Number of participants
60
Service hours
4
Location
Malaysia

Share via

Share