International Peace Day_Mari Bergotong royong Amal
SJK C Foon Yew 1 telah menjalankan gotong royong amal di Taman Rekreasi Persekutuan Tiong Hua sempena International Peace Day. Program ini telah melibatkan 50 orang ahli pengakap sekolah dan 10 orang guru-guru termasuklah ahli-ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk turut serta dalam program ini.
Terima kasih khas kepada guru-guru pengakap yang bertungkus lumus dalam menjalankan program ini sehingga anak-anak pengakap mendapat peluang untuk menjalankan kerja amal pada hari yang cukup bermakna ini.
Dengan pelaksanaan program ini, pihak sekolah berjaya menjalin hubungan yang lebih rapat lagi dengan Persekutuan Tiong Hua Johor Bahru. Tahniah diucapkan kepada pasukan Pengakap Kanak-Kanak Kumpulan 89, Daerah Johor Bahru, Johor kerana telah menjalankan kerja amal ini dengan baik dan berjaya mendapat sumbangan buluh yang diperlukan dalam aktiviti perkhemahan yang akan datang.