Hujan pun aktiviti jalan jua !!!!
World Jota Joti 2019 tahun ini telah berjaya dianjurkan di SK Wangsa Melawati. Penglibatan kali ini adalah seramai 330 orang peserta dan 120 urusetia. Penganjuran kali ini adalah pada 18 Oktober 2019 hingga 20 Oktober 2019.
Sekali lagi dalam penganjuran kali ini Kuala Lumpur menjadi Tuan rumah bagi WSB stesyen iaitu 9M4S ( World Scout Bureau).
Pada Jumaat malam, pendaftaran peserta dan persediaan stesyen telah dijalankan di tapak aktiviti.
Pagi Sabtu pula, kesemua aktiviti berjalan secara penuh sepanjang hari.
Stesyen di Kuala Lumpur telah menyediakan sebanyak 10 aktiviti yang dijalankan secara berpengkalan. Aktiviti adalah seperti berikut:
1. Morse code Tx
2. Morse code Rx
3. Mini RAE
4.QSO 2M
5. HF radio
6. Joti
7. Bendera Semaphore
8. Bendera Interco
9. My QTH
10. SDG games
11. Jamboree Puzzle
12. DMR
Jota Joti kali ini telah menerapkan aktiviti berkaitan dengan Sustainable Development Goals (SDG). Dan pelbagai agensi kerajaan telah memberi komitmen dalam penglibatan pameran seperti pihak PDRM dan Angkatan Tentera Laut di Raja Malaysia.
Ada juga di adakan pameran kenderaan Radio Amatur Emcomm oleh Kuala Lumpur Dx'ing Team (KLDX), yang juga turut membantu dalam menjalankan aktiviti HF radio.
Sebelah malam pula, krew dan pegawai melakukan "Jota Station Hunting and pile up" melalui HF radio. Aktiviti Joti melalui Skype juga dijalankan.
Ahad pula, aktiviti HF radio dan Joti diteruskan.
It's been a rich and wonderful experience planning, managing, working and have fun with all level of the crew, officers, leaders, participant. Credits to PPM WPKL, KLDX, PPM and WSB for us to work together and entrusting us to conduct such great event. Hope to see you all again next.
Cheerio 73
de 9W2FOR
State Jota Joti Coordinator (Kuala Lumpur, Malaysia)