Hari Interaksi Level 100 KLKM USM
Malaysia

Hari Interaksi Level 100 KLKM USM

Pada Sidang 2017/2018 kali ini, kami telah menjalankan Hari Interaksi bagi Level 100 pada hari Rabu, 20 September 2017. Program ini telah dijalankan bermula daripada pukul 8.00 malam sehingga 12.00 malam. Sepertimana yang sudah kita ketahui, Hari Interaksi ini dijalankan bagi memberi peluang kepada ahli Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia Universiti Sains Malaysia (KLKMUSM) yang baru mendaftar untuk mereka untuk merapatkan hubungan antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, mereka juga dapat berkenalan dengan barisan pemimpin Level 200 dan Level 300. Beberapa aktiviti telah dijalankan sepanjang program tersebut berlangsung. Pengerusi Rancangan juga turut hadir bagi memberikan ucapan dan sedikit taklimat berkaitan dengan pengenalan dan juga serba sedikit aktivit yang bakal dijalankan sepanjang sidang 2017/2018.
Number of participants
135
Service hours
4
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share