Gotong-royong Sepakat Telaga Mas
Gotong-royong Sepakat Telaga Mas telah dianjurkan oleh JKKK Telaga Mas . Program ini bertujuan untuk menanam semangat perpaduan dan cintakan alam sekitar. Program ini turut disertai oleh penduduk kampung Telaga Mas. Aktiviti ini juga dilakukan demi memastikan penduduk kampung sedar akan kepentingan menjaga alam sekitar. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah: 1.Membersihkan Kawasan Sekitar Kampung. 2. Memasak Tengahari. 3. Majlis Penutup. Turut serta dalam program ini ialah En Nadri B. Shafie iaitu ketua kampung Kg Telaga Mas. Jutaan terima kasih kepada semua sukarelawan fasilitator yang terlibat.