First Local Coordinators Training bagi peringkat Kumpulan Latihan Malaysia
Seramai 36 orang peserta dari beberapa Institut Pendidikan Guru (IPG) telah menghadiri kursus ini. Kami telah menerima kuliah daripada Tuan Amir Hamzah tentang pengenalan MoP. Ini telah membantu kami memahami MoP dan juga tanggungjawab sebagai seorang koordinator. Selain daripada sesi kuliah, kami juga menjalankan permainan seperti "gerak kiri kanan"
, "bila angin bertiup" dan "break free". Sesi-sesi ini telah meningkatkan suasana seronok antara peserta kursus. Dengan ini juga, kami lebih berkenalan antara IPG.
Saya berasa gembira dan syukur kerana dapat menghadiri kursus koordinator ini. Semoga apa yang dipelajari dalam kursus ini dapat saya gunakan pada masa akan datang.